Showing posts with label pas. Show all posts
Showing posts with label pas. Show all posts

Dec 31, 2008

KeADILan gesa sokong usul kutuk Israel

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - KeADILan menggesa semua parti politik menyokong satu usul di Parlimen bagi mengutuk pembunuhan terbaru di Gaza bagi menunjukkan pendirian teguh negara dalam menentang tindakan ganas sebuah negara dan pendudukan haram.

Timbalan Presidennya Dr Syed Husin Ali berkata keadaan ketika ini seolah-olah sudah menjadi satu rutin bagi negara Zionis untuk menunjukkan kekuasaan tenteranya setiap tiba majlis sambutan hari tertentu.

"Kali ini ia berlaku selepas Krismas, semasa kaum Muslim menyambut hari pertama tahun 1430 mengikut kalendar Islam, dan permulaan Muharram, satu daripada empat bulan penting dalam Islam."

"Kami ingin menggesa rakyat Malaysia supaya mendoakan penduduk yang teraniaya di dunia, dan berharap satu keputusan yang lebih berhati-hati dan penuh matang dapat dibuat oleh pemimpin-pemimpin dunia, agar kewarasan dan kemanusiaan dapat dikembalikan di wilayah itu," menurutnya dalam satu kenyataan hari ini. Image

Beliau berkata serangan udara yang ganas tentera Israel menampakkan sekali lagi sikap negara Zionis itu yang terus menunjukkan komitmen tidak ikhlas di meja rundingan, dan pada masa yang sama terbabit dalam tindakan membunuh dan membawa kemusnahan.

Menurutnya keganasan kekal menjadi dasar negara Israel, dan ia akan berterusan selagi komuniti antarabangsa, terutama negara barat yang menjadi sekutu Israel, tidak menunjukkan sebarang bantahan malah membenarkan dan menyokong tindakan pengecut negara itu terhadap orang awam yang tidak berdosa.

PAS rakam simpati, bantah keras kekejaman Zionis

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) - PAS merakamkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa penduduk Palestin khususnya kerajaan Hamas dan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap perjuangan gerakan tersebut.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan zalim regim haram Zionis Israel membunuh rakyat dan memusnahkan penempatan Palestin di Gaza adalah sangat dikesali dan ternyata bertentangan dengan peradaban manusia yang bermoral dan bertamadun.

"PAS mengutuk dengan sekeras-kerasnya serangan ini yang telah mengakibatkan lebih dari 250 orang rakyat yang tidak berdosa terkorban serta ramai lagi yang cedera dan musnah tempat tinggal mereka.

Kekejaman ini dilaksanakan setelah segala bentuk hubungan kemanusiaan dan keperluan hidup penduduk Gaza dinafikan sejak sekalian lama. PAS merakamkan simpati terhadap kerajaan Hamas dan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap perjuangan gerakan tersebut, " katanya dalam satu kenyataan media yang dimajukan oleh Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily sebentar tadi. Image

Dalam masa yang sama Ustaz Hadi mendesak agar kerajaan Malaysia segera mengemukakan bantahan kepada sekutu terkuat regim haram ini iaitu Amerika Syarikat dan inisiatif perlu juga diambil dengan segera agar isu ini dirungkaikan di pentas antarabangsa termasuklah di peringkat Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

"OIC juga mestilah keluar dari kepompong tradisi mereka dan mengambil tindakan drastik untuk membantu saudara seagama yang dizalimi ini.PAS mengajak negara-negara umat Islam lain agar bersatu membela nasib dan masa depan rakyat Palestin yang ditindas dan diperlakukan begitu hina sekali oleh regim haram ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Dalam waktu yang sama PAS menyeru agar seluruh ahli dan penyokong PAS serta seluruh umat Islam dalam negara agar dapat bersama-sama menyatakan bantahan dan kekesalan terhadap tindakan biadap regim haram ini.

"Kita menyeru umat Islam agar bersama-sama melakukan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah agar diberikan pertolongan serta kemenangan oleh Allah S.W.T. dalam menghadapi regim Zionis Israel ini," katanya.

Dec 24, 2008

Isu babi di Melaka satu sandiwara

MELAKA, 24 Dis (Hrkh) - Isu babi di Masjid Tanah yang pernah mengemparkan negara sebelum ini cuba ditimbulkan semula oleh pihak yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan buruk kepada sensiviti kaum di negara ini adalah merupakan satu sandiwara sahaja.

Ini dijelaskan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, yang mengajak masyarakat Islam di negeri Melaka khususnya supaya jangan terpengaruh dan terperangkap dengan isu yang cuba dimainkan bagi membangkitkan emosi perkauman oleh pihak tertentu.

"Isu ini dimainkan bagi menonjolkan diri seseorang pemimpin atau parti, sepatutnya ianya sudah berjaya diselesaikan sejak dahulu lagi sekiranya pihak terbabit bersungguh untuk menyelesaikannya.

"Bagi membendung masalah ini daripada berleluasa, pihak polis dan kerajaan negeri mesti memainkan peranan yang berkesan dalam menangani permasalahan ini," kata beliau.

Beliau turut mengingatkan kerajaan negeri supaya mengambil langkah proaktif bagi menanganinya agar ianya tidak menjadi lebih buruk seterusnya membangkitkan isu perkauman di negeri ini.

Sebelum ini tindakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengantung kepala babi di pagar rumah seorang Ahli Jawatankuasa Pemantau Babi dan di kain rentang Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) di Masjid Tanah, baru-baru ini, mengemparkan pelbagai pihak.

Berikutan itu, kira-kira 600 orang yang terdiri daripada beberapa NGO diketuai Timbalan Pewaris Pusat, Rahimuddin Md Harun mengadakan demonstrasi bantahan dan menghantar memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Pengeluaran Babi, Dato' Wira Abu Seman Yusop serta turut membakar replika lima ekor babi sebagai simbolik agar ladang ternakan babi di Melaka ditutup.-

'Satu pengkhianatan kerajaan teruskan PPSMI' - Teras

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Hrkh) - Kerajaan di bawah pemimpin Melayu melakukan satu pengkhianatan besar apabila masih berdegil mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Demikian tegas Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid mengenai tindakan kerajaan untuk meneruskan dasar PPSMI ini walaupun semua hujah yang dinyatakan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada daripada aspek sejarah, perlembagaan, budaya serta aspek jati diri bangsa sudah dihuraikan untuk dijadikan alasan yang kukuh agar PPSMI dihentikan.

Sedangkan katanya, ramai orang bukan Melayu sendiri memberi hujah bahawa menggunakan bahasa Melayu sangat sesuai dan boleh diterima masyarakat bukan Melayu yang telah melahirkan generasi sehingga 51 tahun merdeka .

"Selama tempoh 51 tahun itu kita tidak nampak kecacatan berlaku untuk membangun negara dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Azmi juga menyatakan persetujuan dengan langkah terakhir yang diambil oleh kumpulan NGO ini untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan.

"Saya berharap semua rakyat dan kumpulan NGO akan bersatu bersama-sama untuk mewakili rakyat Malaysia bagi memfailkan saman terhadap kerajaan.

"Saya percaya majoriti NGO bersepakat menentang dasar yang ingin kerajaan teruskan ini. Cuma apa yang perlu dilakukan ialah bagaimana NGO ini harus bergabung untuk mengambil tindakan undang-undang ini,"katanya.

Beliau berpandangan, tindakan bersama yang dilakukan oleh kumpulan NGO seperti penyerahan memorandum serta melalui perhimpunan di Johor Bharu baru-baru ini dengan jelas menyatakan pendirian bahawa tindakan kerajaan itu satu pengkhianatan kepada negara bangsa.

Kenyataan beliau itu turut dipersetujui oleh Setiausaha Kehormat Persatuan China Muslim Malaysia, Ann Wan Seng .

Jelasnya kumpulan NGO menyuarakan pandangan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana terdapat beberapa mekanisma lain yang boleh digunakan untuk memperbaiki bahasa Inggeris.

"Pendekatan yang digunakan kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak praktikal. Kami kumpulan NGO lebih berminat untuk menggunakan pendekatan alternatif berbanding pendekatan yang digunakan hari ini,"katanya.

Beliau juga melahirkan kekecewaan dengan tindakan kerajaan tersebut kerana pelaksanaan tersebut ternyata tidak memberi kemajuan untuk memperbaiki bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah.

"Sekiranya pelaksanaan ini diteruskan, ia akan menimbulkan kesulitan kepada pelajar-pelajar yang sememangnya tidak pandai bahasa Inggeris untuk memahami subjek tersebut.

"Dan kita juga maklum, pelajar Melayu ramai yang tidak dapat menguasai subjek matematik. Jika subjek itu tetap diajar dalam bahasa Inggeris, akan menyebabkan pelajar-pelajar ini makin ketinggalan dan tercicir,"katanya.

Nik Aziz pertahan wartawan Iraq baling kasut ke arah Bush

KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) - Keberanian wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi membaling kasut ke arah George W Bush turut dipertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya puji wartawan yang lempar kasut kerana telah menggunakan ruang yang ada untuk menentang perbuatan mungkar.

"Hak bagi mencegah mungkar boleh dilakukan menggunakan tangan, lidah, hati atau kasut seperti dilakukan wartawan di Iraq.

"Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut," katanya selepas seminar anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Dewan Teratai semalam. �

Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran Iraq membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat pada satu sidang media ketika lawatan perpisahannya ke Iraq pada 14 Disember lalu.

Ekoran insiden itu wartawan terbabit ditahan pihak berkuasa Iraq. Bagaimanapun tindakan beraninya mendapat sokongan pelbagai pihak di seluruh dunia.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan membaling kasut ke arah Presiden Amerika merupakan tanda penentangan terhadap kemungkaran dan penganiayaan yang dilakukannya terhadap masyarakat dunia.

"Langkah yang diambil wartawan terbabit adalah jelas mewakili masyarakat Iraq yang telah ditindas penjajahan Amerika Syarikat dan ia merupakan satu tindakan bijak," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau berkata, tindakan kerajaan BN melalui Jabatan Pembangunan mewujud kembali Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) di Kelantan akan merosakkan perpaduan rakyat.

"JKKP lah yang menyebabkan manusia berpecah belah, di Kelantan sepatutnya rakyat berada di bawah satu parti dan parti lain tak perlu masuk campur.

"Kami dah ada penghulu dan penggawa, apa kerja nak tubuh JKKP lagi.. mulut pemimpin mereka hari-hari kata nak bersatu, tetapi mereka inilah yang menjadi punca berpecah belah," katanya.

Baru-baru ini Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yahaya Mohamad dilaporkan berkata, JKKP akan ditubuh bagi merancang projek kerajaan persekutuan di setiap mukim.

Kepentingan internet, Harakahdaily mampu lakar kejayaan pilihan raya

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Dalam abad ke-21, budaya internet dan kepantasan maklumat yang disalurkan merupakan antara faktor penting mengubah landskap politik negara sekaligus melakarkan kejayaan dalam pilihan raya bagi pihak yang mengambil peluang memanfaatkan bidang itu.

Image

Pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah memberitahu bahawa antara punca utama kejayaan parti pembangkang di lima negeri datangnya daripada penyebaran maklumat melalui internet seperti laman web-laman web alternatif, blogs dan juga Harakahdaily

"Justeru untuk memastikan sesuatu kejayaan, semua pihak tidak boleh mengambil mudah peranan internet yang dilihat ke depan dalam menyampaikan maklumat berbanding dengan kaedah tradisional seperti akhbar.

"Harakahdaily mesti pantas dalam menyampaikan berita terkini dan dalam masa yang sama boleh interaktif bersama pembaca, peminat atau pengguna internet," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi 'Brain Storming' dan penambahbaikan Harakahdaily.net yang diadakan petang semalam di pejabat Harakah bersama warga kerja Harakah dan Harakahdaily.

Katanya apa juga kejadian atau peristiwa penting yang berlaklu hari ini wajar dilaporkan segera dan terkini kerana masyarakat sekarang dahagakan maklumat segera. Justeru medium internet merupakan salah kaedah terbaik berbanding dengan akhbar yang hanya akan menyiarkan berita berkaitan pada keesokan hari. Image

"Kita kena lakukan perubahan. Siar dulu di Harakahdaily, kemudian di akbar cetak dan bukan sebaliknya. Tidak ada kajian pun yang menyatakan bahawa jualan akhbar akan merosot disebabkan oleh berita yang telah tersiar diinternet.

"Kita mesti ingat, bagi masyarakat yang sudah ada kemudahan internet dan mempunyai komputer dan laptop, mereka akan melayari laman web secara 'bebas' paling minima 4 jam sehari malah saya sendiri melayari Harakahdailyhampir 7 kali sehari untuk mengetahui perkembangan politik semasa.

"Dan jangan dikesampingkan peranan internet, yang boleh mengubah landskap politik negara sevcara keseluruhan. Sebagai seoarang ahli akdemik pengajian media, saya memberi nasihat kepada kedua-dua belah pihak sama ada kerajaan atau selainnya," katanya.

Beliau juga turut mendedahkan bahawa terdapat 500,000 blogs yang sudah sedia ada di Malaysia manakala yang aktif berjumlah 100,000 yang menjadi antara mediaum terpenting dalam menyampaikan maklumat sewaktu pilihan raya 8 Mac lalu.

"Bayangkan satu isu yang pernah disiarkan dalam blog saya telah disebarkan maklumat itu sejumlah 17.3 juta kali. Adalah sesuatu yang malang jika kita tidak mempedulikan peranan internet yang sangat penting di abad ini," katanya

Kepentingan internet, Harakahdaily mampu lakar kejayaan pilihan raya

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Dalam abad ke-21, budaya internet dan kepantasan maklumat yang disalurkan merupakan antara faktor penting mengubah landskap politik negara sekaligus melakarkan kejayaan dalam pilihan raya bagi pihak yang mengambil peluang memanfaatkan bidang itu.

Image

Pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah memberitahu bahawa antara punca utama kejayaan parti pembangkang di lima negeri datangnya daripada penyebaran maklumat melalui internet seperti laman web-laman web alternatif, blogs dan juga Harakahdaily

"Justeru untuk memastikan sesuatu kejayaan, semua pihak tidak boleh mengambil mudah peranan internet yang dilihat ke depan dalam menyampaikan maklumat berbanding dengan kaedah tradisional seperti akhbar.

"Harakahdaily mesti pantas dalam menyampaikan berita terkini dan dalam masa yang sama boleh interaktif bersama pembaca, peminat atau pengguna internet," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi 'Brain Storming' dan penambahbaikan Harakahdaily.net yang diadakan petang semalam di pejabat Harakah bersama warga kerja Harakah dan Harakahdaily.

Katanya apa juga kejadian atau peristiwa penting yang berlaklu hari ini wajar dilaporkan segera dan terkini kerana masyarakat sekarang dahagakan maklumat segera. Justeru medium internet merupakan salah kaedah terbaik berbanding dengan akhbar yang hanya akan menyiarkan berita berkaitan pada keesokan hari. Image

"Kita kena lakukan perubahan. Siar dulu di Harakahdaily, kemudian di akbar cetak dan bukan sebaliknya. Tidak ada kajian pun yang menyatakan bahawa jualan akhbar akan merosot disebabkan oleh berita yang telah tersiar diinternet.

"Kita mesti ingat, bagi masyarakat yang sudah ada kemudahan internet dan mempunyai komputer dan laptop, mereka akan melayari laman web secara 'bebas' paling minima 4 jam sehari malah saya sendiri melayari Harakahdailyhampir 7 kali sehari untuk mengetahui perkembangan politik semasa.

"Dan jangan dikesampingkan peranan internet, yang boleh mengubah landskap politik negara sevcara keseluruhan. Sebagai seoarang ahli akdemik pengajian media, saya memberi nasihat kepada kedua-dua belah pihak sama ada kerajaan atau selainnya," katanya.

Beliau juga turut mendedahkan bahawa terdapat 500,000 blogs yang sudah sedia ada di Malaysia manakala yang aktif berjumlah 100,000 yang menjadi antara mediaum terpenting dalam menyampaikan maklumat sewaktu pilihan raya 8 Mac lalu.

"Bayangkan satu isu yang pernah disiarkan dalam blog saya telah disebarkan maklumat itu sejumlah 17.3 juta kali. Adalah sesuatu yang malang jika kita tidak mempedulikan peranan internet yang sangat penting di abad ini," katanya

Dec 18, 2008

Banyak peruntukan SPRM janggal, ceroboh hak peribadi

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar bimbang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya menjadi alat untuk menceroboh hak peribadi rakyat negara ini yang dijamin oleh Perkara 5 Perlembagaan Malaysia.

"Beberapa seksyen dalam Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 sangat membimbangkan. Sebab itulah saya membangkitkan perkara itu dalam Dewan Rakyat baru-baru ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan banyak peruntukan dalam SPRM yang janggal dan mencerobioh hak peribadi rakyat negara ini.

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat baru-baru ini, antara lain beliau melahirkan kebimbangannya mengenai seksyen 43 akta itu.

Seksyen itu menyatakan, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, pendakwa raya atau pegawai SPRM berhak memintas apa-apa mesej serta berhak memintas, mendengar dan merekodkan apa-apa perbualan melalui apa-apa telekomunikasi dan mendengar apa yang direkodkan dari perbualan yang dipintas itu.

Mereka juga berhak memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos dalam masa penghantarannya.

Mengulas seksyen itu, Mahfuz berkata: "Bagi saya bahawa sepatutnya SPRM ini harus mengambil, mendapat order daripada mahkamah terlebih dahulu walaupun tanpa pengetahuan orang yang disyaki.

"Sebab mereka harus menunjukkan apa evidence yang menunjukkan kepada mahkamah bahawa mereka perlu untuk membuat pemintasan perhubungan ini, iaitu hendak detect telefon kepada orang yang disyaki sehingga mahkamah berpuas hati, hakim berpuas hati memang ada keperluan bahawa mahkamah boleh beri hak itu kepada pihak SRPM".

Jika tidak, katanya, ia "tidak begitu baik untuk seseorang kerana mereka hanya disyaki belum lagi dituduh dan belum didapati bersalah dan sebagainya".

"Sebab itu bagi saya bahawa kita takut nanti privasi seseorang itu akan terganggu kerana akan berlaku detect melalui pintasan telefon dan sebagainya," katanya.

Begitu juga dengan seksyen 47, kata Mahfuz lagi dalam ucapannya itu, berkaitan dengan soal iaitu obligasi di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat.

"Saya kira bahawa suatu penjelasan yang harus diberikan kepada kami di sini bahawa seolah-olahnya seksyen 47 yang harus juga dibaca bersekali dengan beberapa seksyen yang lain bahawa seolah-olahnya macam orang yang disyaki itu tidak ada hak untuk mengatakan tidak boleh memberikan keterangan sedangkan dalam kes-kes jenayah yang lain pengalaman saya bahawa kita boleh mengatakan kepada pihak penyiasat bahawa saya akan menjawab di mahkamah.

"Akan tetapi dalam akta ini dia memberikan satu kuasa yang begitu penuh, pasti mesti berikan keterangan kepada pihak yang menyiasat. Jadi bagi saya bahawa ini hak seseorang itu mungkin boleh berlaku penyalahgunaan kuasa bagi saya dan berlaku pemaksaan ke atas mereka untuk memberikan keterangan-keterangan yang kemungkinan orang itu tidak terlibat tetapi oleh sebab ketakutan berada dalam siasatan pihak SPRM ini, kemungkinan ini akan menjebakkan orang-orang tersebut," katanya.

Seksyen 47 SPRM antara lain menyatakan, tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang pegawai SPRM atau seseorang pegawai polis supaya memberikan apa-apa maklumat tentang apa-apa perkara yang menjadi kewajipan itu untuk menyiasatnya di bawah Akta SPRM, hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakannya.

Mahfuz menegaskan, adalah penting untuk memberikan hak kepada orang yang disyaki itu supaya dia tidak terdedah kepada penyalahgunaan kuasa yang akhirnya dia memberikan keterangan yang tidak sepatutnya diberikan keterangan kepada pihak yang menyiasat.

Beliau juga menyifatkan berlaku pengambilalihankuasa mahkamah dalam seksyen 53(4), 53(6), 53(7) itu sedangkan mahkamahlah yang sepatutnya menentukan beberapa tindakan dan keputusan-keputusan.

Seksyen 53(4) antara lain menyatakan, walaupun notis bertulis tidak diberikan kepada seseorang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM, sesuatu pernyataan yang dibuatnya "tidaklah tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana tiada notis sedemikian".

Seksyen 53(6) antara lain menyatakan, apabila seseorang tertuduh gagal menyatakan apa-apa fakta di mana tertuduh dijangka akan menyatakannya, kegagalan itu dikira sebagai sokongan kepada apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh, dalam menentukan sama ada pihak pendakwa sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan.

Seksyen 53(7) pula antara lain menyatakan, tiada apa-apa jua dalam Seksyen 53(6) "menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan berikutan perbuatan berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa apa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya berhubungan dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh".

Mahfuz juga menyifatkan seksyen 62 SPRM sebagai tidak adil dan boleh menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa.

Seksyen tersebut antara lain menyatakan, apabila penyerahan dokumen oleh pihak pendakwaan telah dilakukan, tertuduh hendaklah, sebelum beliau dibicarakan, menyerahkan kepada pihak pendakwaan "suatu pernyataan pembelaan yang menyatakan secara am jenis pembelaan dan perkara-perkara mengenai pendakwaan yang dibantah oleh yang tertuduh, dengan menyatakan sebab-sebabnya dan suatu salinan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan pembelaan".

Mahfuz menyifatkan adalah tidak wajar, sebelum seseorang tertuduh dibicarakan, beliau dipaksa mengemukakan kepada pendakwa tentang apa bentuk pembelaan dirinya.

"Sepatutnya pembelaan ini ialah pembelaan yang seharusnya berada, berlaku di hadapan hakim.

"Akan tetapi apabila pembelaan itu dibuat terlebih dahulu dan diberikan secara bertulis, secara dokumen kepada pihak pendakwa dan saya kira bahawa ini sesuatu yang tidak adil yang mungkin akan menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa," katanya_

Kebijaksanaan Harakah, Harakahdaily diperlukan untuk tingkat imej parti

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - Selaku 'Agen Penerangan' yang aktif, Harakah dan Harakahdaily.net perlu bijaksana dan mempunyai displin gerak kerja yang tinggi dalam usaha untuk meningkat imej PAS dan para pemimpinnya yang senantiasa diasak di pelbagai sudut oleh media, parti-parti pemerintah dan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Image

Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamaruddin Jaffar berkata objektif utama kedua-dua medium itu mestilah sentiasa dilihat terbuka, bebas dan benar dalam menyampaikan laporan kepada masyarakat.

Selain itu kata Kamaruddin yang juga Setiausaha Agung PAS, Harakah dan Harakahdaiy mestilah berfungsi sebagi agen penerangan parti kepada semua pembaca khususnya rakyat Malaysia untuk mengetahui hakikat sebenar perjuangan PAS selama ini.

"Akhirnya kita mahu hasil daripada itu semua, para pengundi dan rakyat Malaysia mendekati dan mengundi PAS dalam setiap pilihan raya yang kita sertai seperti Pilihan Raya Kecil KUala Terengganu dan Umum yang ke -13 akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu merasmikan sesi 'brainstorming' dan 'post-mortem' Harakah 2 kali seminggu di salah sebuah hotel di ibu kota, dekat sini pagi tadi. Image

Turut hadir sama dalam diskusi tersebut ialah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, Pengurus Pemasaran, Shuhaimi Embong, Pengurus Pengiklanan Mokthar Rozaidi dan kira-kira 50 warga kerja Harakah dari pelbagai jabatan dan beberapa wakil pengedar.

Dalam pada itu Kamaruddin beranggapan, walaupun terdapat kelemahan Harakah yang perlu penambahbaikan namun ianya bukanlah satu keadaan yang menjadkan institusi tersebut 'lumpuh' atau mengalami 'disaster' malah secara keseluruhannya pengedaran Harakah berada dalam keadaan baik.

"Walaupun ada kelemahan,kita akan perbaiki dengan sebaik mugkin. Harap tak ada yang baling kasut kepada saya pula," katanya berseloroh sambil merujuk insiden yang berlaku kepada Presiden Amerika George W. Bush yang 'dibenci' warga Iraq yang telah gagal dalam kempen memerangi peperangan. Image

Beliau berharap agar sesi diskusi itu akan memberi input yang sangat baik malah pengurusan Harakah menerima secara terbuka kritikan dan pandangan terhadap operasi Harakah dua kali seminggu yang telah dimulakan empat bulan yang lalu pada 15 Ogos 2008.

"Harus dingat bahawa Harakah bukan milik peribadi tetapi mesti mewakili parti yang akhirnya melakukan tugas untuk parti.

"Justeru saya berharap semua warga kerja mempunyai displin, stamina dan semangat yang tinggi dalam menjayakan objektif dan misi parti. Dalam masa yang sama saya merakamkan terima kasih kepada semua warga kerja yang telah memastikan Harakah sentiasa berada di tangga kejayaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Sepatutnya turun 48 sen dan harga minyak RM1.42 sahaja - Guan Eng

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - Harga petrol sepatutnya diturunkan 48 sen kepada RM1.42 dan bukan diturunkan 10 sen sahaja, seperti yang dilakukan oleh kerajaan semalam, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol sebanyak 10 sen kepada RM1.80 mulai semalam tidak menunjukkan harga pasaran sebenar, di mana harga pasaran minyak mentah dunia semasa berlegar sekitar RM157 satu tong (US$45).

Keputusan itu juga, katanya, tidak memberi kesan besar kepada peningkatan pendapatan orang ramai.

"Pada 2005, harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter.

"Jadi perkiraan yang sama perlu diguna pakai dalam menentukan harga semasa petrol di negara ini," kata Guan Eng.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya semalam, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik berikutan harga bahan api yang semakin menurun sejak kebelakangan ini.

"Harga petrol sudah diturunkan beberapa kali sehingga RM1.80 tetapi tarif elektrik masih kekal seolah-olah harga petrol masih RM2.60 seliter," katanya.

Menurutnya, TNB menggunakan 60 peratus gas dan 40 peratus arang batu untuk menjana elektrik untuk keperluan pengguna.

"Harga gas menurun sedikit tetapi arang batu menurun lebih 50 peratus. Jadi TNB tidak mempunyai apa-apa lagi alasan untuk tidak menurunkan tarif elektrik," kata Guan Eng.

Beliau berkata, jika TNB mampu membayar RM4 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk tenaga yang tidak digunakannya, ia juga harus mampu menurunkan tarif elektrik kerana ia digunakan oleh keseluruhan rakyat negara ini._

Dec 16, 2008

Siapa luluskan 99 projek lereng bukit?

KEJADIAN tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 telah mengemparkan seluruh rakyat Malaysia. 15 tahun lalu, ditempat yang sama kondominium Highland Towers tumbang menyembah bumi. Kejadian terbaru di Bukit Antarabangsa ini membuktikan ada pihak yang tidak mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku. Malah lebih teruk lagi ada pula yang cuba mengambil sikap lepas tangan atas kesilapan yang telah lama mereka lakukan.




 

Untuk mendapatkan maklumat tentang pembinaan projek-proje 

di lereng-lereng bukit yang dikatakan melanggar undang-undang yang telah diluluskan pada tahun 2001, Harakahmendapatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang sudi untuk mendedahkan penyelewengan ini.

Ikuti interbiu Wartawan Harakah, IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama Naib Presiden KeADILan itu pada 12 Disember lalu di pejabat beliau di Taman Melawati.

HARAKAH: Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak, apa yang saudara ingin perkatakan tentang tragedi tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu?

ImageAZMIN ALI: Pertama saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang kehilangan ahli-ahli keluarga mereka. Semoga mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Saya juga amat bersimpati dengan mangsa-mangsa yang lain yang kehilangan harta benda dan rumah kediaman mereka ekoran tragedi ini.

Bukan saja mereka kehilangan harta benda dan rumah kediaman tetapi pengalaman yang gentir ini cukup traumatik. Saya dan kerajaan negeri berusaha agar kebajikan mereka dapat disalurkan seberapa segera yang boleh melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan pusat dan negeri.

Apakah bentuk bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada mangsa kejadian tanah runtuh atau penduduk di Bukit Antarabangsa?

Itu sedang diteliti oleh Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri yang mana saya difahamkan telah pun mereka teliti secara khusus beberapa pilihan dalam mesyuarat exco khas 11 Disember. Saya mengsyorkan supaya Menteri Besar dapat mengadakan pertemuan bersama persatuan-persatuan penduduk yang terlibat dalam masa terdekat dan beliau sedang mengaturkan pertemuan tersebut supaya maklumat ini dapat disampaikan terus kepada penduduk kerana kita tidak mahu pihak media yang dikuasai pemerintah memutar belitkan kenyataan-kenyataan Menteri Besar dan memburukkan lagi keadaan.

Dari hari pertama kejadian hingga kini, apa bentuk bantuan yang telah diberikan kepada mangsa dan penduduk yang mengalami kejadian ini?

Ada beberapa proses dalam menangani krisis dan tragedi atau bencana alam yang besar seperti ini. Tumpuan awal pastinya kepada operasi mencari dan menyelamat. Ini telah dilakukan oleh polis, Pasukan Smart, Tentera, pihak bomba dan penyelamat dan beberapa agensi lain.

Pada masa yang sama program kemanusian itu juga penting, iaitu pembekalan makan dan minum kepada mangsa yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Saudara telah bertemu dengan penduduk Bukit Antarabangsa baru-baru ini. Jadi dalam pertemuan tersebut, apa yang dibangkitkan oleh penduduk kawasan tersebut?

Ada tiga perkara yang telah dibangkitkan oleh penduduk dalam pertemuan saya dengan mereka pada hari kedua tragedi ini. Persoalan yang paling utama ialah bekalan elektrik yang terputus dan yang kedua ialah jalan keluar kerana lebih 5,000 penduduk terperangkap di puncak Bukit Antarabangsa apabila jalan utama terputus akibat kejadian ini maka mereka yang duduk di bahagian atas terperangkap selama beberapa hari.

Yang ketiga mengenai keselamatan harta benda mereka. Apabila mereka diarahkan meninggalkan kediaman maka mereka mahukan jaminan pihak keselamatan akan melindungi harta benda mereka. Dan ketiga-tiga aspek kemanusiaan ini telah kita tangani secara pantas.

Tragedi berlaku pada 6 Disember, jalan utama terputus, bekalan elektrik terputus dan majoriti penduduk berada dalam keadaan panik. Pada 7 Disember jam 6.30 petang, pihak tentera telah berjaya menyiapkan jambatan sementara maknanya dalam tempoh 24 jam tindakan pantas telah diambil bagi membolehkan penduduk-penduduk Taman Bukit Mewah meninggalkan kediaman masing-masing melalui jambatan sementara ini.

Pada malam yang sama, saya dan pihak MPAJ dan lain-lain memastikan jalan sementara itu terus dibina agar dapat digunakan oleh penduduk untuk berpindah.

Ada pihak yang menyalahkan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana tidak mengambil tindakan ke atas aduan yang dibuat oleh penduduk Bukit Antarabangsa sejak tahun lepas. Apa komen saudara?

Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak dalam kejadian seperti ini. Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai tanggungjawab besar dalam menangani masalah yang dihadapi penduduk. Tetapi yang lebih utama ialah apa yang didedahkan oleh Menteri Besar mengenai 99 projek lereng bukit yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang terdahulu.

Kalau kita lihat beberapa pemimpin kerajaan terutama menteri-menteri memberikan kenyataan yang pada saya boleh dianggap melampau, menyalahkan pembeli kerana memilih perumahan lereng bukit untuk dijadikan kediaman. Ini bagi saya tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin apatah lagi seorang menteri. Pada saya apa yang perlu kita lihat, kelulusan yang diberikan itu perlu dipertikaikan, perlu kita semak dan siasat.

Selepas kejadian tersebut, kita dapat dengar banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan juga menteri. Tetapi kenyataan ini hanyalah retorik semata-mata kerana seperti selalunya bila berlaku kejadian seperti ini, menteri akan buat kenyataan itu dan ini tetapi selepas itu projek-projek akan diteruskan juga ...

Selepas kejadian di Bukit Antarabangsa baru-baru ini, kita dapat dengar Perdana Menteri membuat kenyataan agar semua projek-projek perumahan lereng bukit dihentikan atau tidak diluluskan lagi. Timbalan Perdana Menteri juga membuat kenyataan yang sama.

Malah ada juga menteri-menteri lain turut sependapat dengan PM dan TPM. Pengerusi PAC, Azmi Khalid pula cadangkan agar dibuat akta seperti di Hong Kong. Ini semua tak akan dapat mengubah apa-apa. Kalau hanya setakat kenyataan sahaja tak ada apa yang boleh membantu.

Sebaliknya kerajaan kalau betul-betul serius mahu projek-projek ini dihentikan kena lihat kenapa projek ini diluluskan. Di Dun saya sendiri iaitu di Dun Bukit Antarabangsa, sejak 2004 hingga 2007 terdapat sembilan projek perumahan lereng bukit yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang terdahulu. Iaitu di zaman Khir Toyo. Saya bukan nak menunding jari menyalahkan sesiapa tetapi ini kenyataannya. Kita ada maklumatnya dan kita akan dedahkan.

Persoalannya kenapa projek ini diluluskan sedangkan pada tahun 2001 sudah ada satu garis panduan yang diwartakan yang disebut Total Planing Guide Line yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Di mana garis panduan ini menetapkan pembangunan di kategori tiga iaitu cerun di atas 25 darjah dan empat iaitu cerun di atas 35 darjah mestilah dihentikan serta merta. Garis panduan serta undang-undang sudah ada pada tahun 2001 tetapi kelulusan masih diberikan pada tahun 2004 hingga 2007. Maknanya, undang-undang sudah tidak dihormati lagi.

Jadi kenyataan Khir Toyo yang mengatakan Menteri Besar Selangor sekarang tidak faham masalah sebenar itu tidak berasas?

Saya ingin ingatkan Khir Toyo, jangan melampau membuat kenyataan dan jangan cuba menyembunyikan kesilapan yang beliau lakukan dengan mencari salah Tan Sri Khalid. Seperti yang saya sebutkan tadi, undang-undang sudah diluluskan pada tahun 2001 tetapi kenapa dari tahun 2004 hingga 2007 terdapat 99 projek lereng bukit yang telah diluluskan?

Dan kalau kita lihat, pemaju terus berani membuat projek-projek ini kerana mereka tahu tidak ada tindakan yang akan dikenakan kepada mereka. Kenapa mereka sebegitu berani? Kerana mereka inilah yang menyalurkan dana kepada Umno.

Sebab itu, biarpun undang-undang sudah ada tetapi sanggup dilanggar kerana ada pihak yang akan mengaut keuntungan. Ini juga boleh dikatakan telah berlaku salah guna kuasa dan rasuah dalam meluluskan projek-projek ini kerana sanggup melanggar undang-undang yang dibentangkan oleh kerajaan pusat.

Jadi apa desakan saudara kepada mereka ini?

Desakan saya supaya Khir Toyo berani bertanggungjawab atas apa yang telah beliau lakukan. Jangan salahkan kerajaan negeri sekarang kerana projek yang diluluskan semuanya ketika beliau menjadi Menteri Besar. Dan kita akan membuat pendedahan dengan mengedarkan maklumat ini kepada rakyat agar rakyat tahu siapa sebenarnya yang melakukan penyelewengan dan rasuah. _

AMK akan gempur habis-habisan PRK Kuala Terengganu

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan mengadakan gerak gempur menyeluruh di Kuala Terengganu sebagaimana dilakukan ketika menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dahulu bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.


 

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya telah pun menghubungi Ketua Pemuda PAS Terengganu dan akan mengadakan mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat pada 17 Disember ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Menurut Shamsul antara yang akan di bincangkan nanti ialah penubuhan bilik gerakan, pengagihan dan atur cara ceramah, membantu semakan daftar pengundi dan pelbagi lagi tugas yang membabitkan kempen pilihan raya.

AMK akan pastikan gelombang kemenangan Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu turut melanda P36 Kuala Terengganu ini, katanya.

AMK akan menggabungkan seluruh AMK negeri-negeri untuk sama-sama turun berkampung di Kuala Terengganu untuk membantu dan bekerjasama erat dengan Dewan Pemuda PAS Terengganu bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat, katanya.

Kemenangan ini amat bermakna kepada Pakatan Rakyat justeru gerak gempur pemuda harus berjalan dengan baik dan berkesan di semua pelusuk di kawan Parlimen Kuala Terengganu, katanya.

Kata Shamsul jentera pemuda Pakatan Rakyat juga akan memastikan tidak terdapat kemasukan pengundi hantu pada sebelum atau pada hari membuang undi pada 17 Januari nanti. 

Dec 14, 2008

Mahfuz bimbang SPRM jadi pelindung rasuah

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar bimbang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berulang menjadi pelindung rasuah dan akhirnya digelar Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia.

"Tidak ada pembaharuan untuk membasmi rasuah. Tidak ubah hanya tukar baju sahaja kepada badan yang sama," katanya.

SPRM hakikatnya sama seperti Suruhanjaja Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang hanya boleh memberikan nasihat kepada Perdana Menteri yang tidak ada keazaman politik untuk memerangi rasuah dan akhirnya tidak dipedulikan oleh kerajaan.

"SPRM hakikatnya satu solekan sahaja untuk mengaburi mata umum seolah-olah kerajaan Barisan Nasional (BN) serius memerangi rasuah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Selain dari perlantikan anggotanya yang dibuat atas nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, ia hanya boleh menasihati Perdana Menteri dan mengemukakan laporan tahunan kepada Perdana Menteri. Image

"Kalau setakat mengemukakan laporan tahunan yang rata-rata tidak sempat dibangkitkan dalam Parlimen, ia bertaraf lebih rendah dari persatuan penduduk di sesebuah kampung.

"Sekurang-kurangnya persatuan penduduk kampung boleh juga melakukan tangkapan awam (public arrest) kalau ada pencuri atau penyangak masuk kampung mereka," katanya.

SPRM, katanya lagi, tidak ubah seperti projek gajah putih kerana kuasa pendakwaan masih berada di tangan Peguam Negara yang tidak boleh dipersoalkan di Parlimen.

"Kerajaan akan terus berlindung dengan kedudukan Peguam Negara yang biasanya dilihat sebagai penyelamat kuasa politik BN," katanya lagi.

Lebih dari itu, sukar untuk mempercayai Perdana Menteri akan bertindak menurut nasihat SPRM jika orang yang menjadi Perdana Menteri itu adalah Presiden Umno.

"Rasuah dalam Umno tidak perlu dibangkitkan lagi kerana telah banyak didedahkan oleh tokoh-tokoh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Image

"Siapa pun yang menjadi Presiden Umno tidak boleh dipercayai sama sekali kerana parti itu sarat dengan tuduhan rasuah termasuk keengganan mengambil tindakan terhadap dakwaan rasuah yang begitu terbuka dan berleluasa dalam pemilihan perwakilan Umno Kubang Pasu ke perhimpunan agung parti itu 2006 lalu," katanya.

Malah, katanya lagi, bekas exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun pernah membuat dua laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan rasuah membabitkan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita bimbang SPRM akan mengulangi sejarah suruhanjaya diraja berhubung ke Datuk V K Lingam yang akhirnya tidak dipanggil royal commission tetapi royal circus," katanya lagi.

Kebenaran mendiami rumah Kerajaan Negeri umum selepas kajian

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan hasil siasatan berhubung kebenaran mendiami rumah mereka yang terlibat dengan runtuhan tanah di Taman Bukit Mewah dan lima kawasan yang berhampiran dengan runtuhan tersebut.

Pengumuman tersebut akan dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 19 Disember iaitu selepas hasil siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya Persekutuan dengan Kumpulan Ikram.

Menurut beliau, JKR Persekutuan dan kumpulan Ikram akan membuat kajian bagi menentukan mana-mana kawasan yang boleh didiami semula.

"Jika didapati kawasan tersebut tidak boleh didiami atas sebab risiko tanah runtuh kerajaan negeri akan memberi penerangan dan membantu menyelesaikan masalah penduduk terlibat," katanya dalam sidang media di Taman Bukit Mewah.

Khalid mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Penduduk runtuhan tanah Bukit Antarbangsa jam 4.30 petang tadi untuk mendengar rintihan masalah yang dihadapi.

Menurut beliau dalam tempoh satu bulan selepas mengumumkan hasil kajian tanah di Taman Bukit Mewah, kerajaan negeri akan mengumumkan pula risiko mendiami kawasan di persekitaran Bukit Antarabangsa.

Lima kawasan yang terbabit tidak boleh didiami kondominum Impian Selatan, rumah teres Jalan 6 Taman Bukit Cahaya, Jalan Wangsa 9 dan Jalan Wangsa 11.

"Beberapa kemudahan kita telah sediakan antaranya tempat tinggal sementara di sekolah kebangsaan Ulu Klang dan hotel anak syarikat kerajaan negeri D'Palma Ampang dengan diskaun sebanyak 50 peratus," jelasnya.

Bagi menyelesaikan masalah penduduk yang kurang mendapat maklumat akibat runtuhan tanah Khalid berkata, penduduk boleh membuka website www.bukitantarabangsa.com.

Beliau turut mencadangkan kepada Pegawai Daerah supaya setiap rumah pangsa akan diadakan satu kabel maklumat. _

Ali Rustam terdesak tarik balik larangan lawat Kelantan

KOTA BHARU, 14 Dis (Hrkh) - Lapan tahun lalu, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melarang kakitangan kerajaan negeri terbabit melawat Kelantan, namun beberapa hari lalu tegahan itu tiba-tiba ditarik balik.

Apakah motif tersebut, sedangkan tindakannya sebelum ini jelas bersifat dendam politik.

Biar pun larangan itu mengambil masa selama lapan tahun, namun ia seperti tidak pernah diendahkan kakitangan kerajaan Melaka apabila banyak rombongan datang di sini ketika larangan masih berkuatkuasa.

Malah, Mohd Ali sendiri keluar masuk kampung di Pasir Mas ketika berlangsung pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada Disember 2005.

Bagi Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Menteri Melaka itu disifatkan sebagai seorang yang hipokrit dan menjadi pengampu besar dalam Umno.

"Negeri-negeri lain yang juga diperintah Barisan Nasional tidak pernah melarang kakitangan mereka melawat Kelantan seperti dilakukan Mohd Ali.

"Tindakan terbarunya tidak lain lagi kerana mahu menonjolkan diri kononnya sebagai seorang pemimpin yang terbuka bagi melayakkannya dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan," katanya di sini.

Baru-baru ini Mohd Ali mengumumkan menarik balik larangan kepada kakitangan kerajaan Melaka daripada melawat Kelantan ketika melancarkan Tahun Melawat Melaka di sini.

Abdul Latif berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri tidak nampak Ketua Menteri Melaka itu ikhlas apabila tiba-tiba menarik balik larangan kakitangannya daripada melawat Kelantan.

"Sebenarnya keputusannya itu mempunyai hasrat terselindung bagi mencari penyokong di kalangan perwakilan Umno di negeri ini untuk mencapai impiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri," ujarnya.

Bagaimanapun beliau menyambut baik tindakan dilakukan Mohd Ali dan mendoakan semoga diberi hidayah oleh Allah Taala supaya kembali ke landasan Islam sebenar

Dec 13, 2008

PAS masuk bertanding untuk menang - Ustaz Nasharudin

KUALA TERENGGANU, 13 Dis (Hrkh) - Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan penyertaan PAS bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kali ini untuk menang.

Katanya, pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya Pakatan Rakyat, kerjasama antara PAS, Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dan DAP.

Malah menurutnya, jentera parti kini berada dalam keadaan siap sedia dan penyertaan PAS kali ini adalah bagi memenangi kerusi parlimen tersebut.

�Kita masuk untuk menang. Pilihan raya kecil ini adalah pilihan raya Pakatan Rakyat dan kita (PAS) mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.

Image�Kita (PAS) terima sokongan dalam bentuk kerjasama itu dan telah mulakan beberapa proses awal dan mereka (KeADILan dan DAP) telah pun menghantar wakil masing-masing bagi menduduki jawatankuasa pilihan raya kecil ini,� tegasnya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Pejabat PAS Kawasan Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berpuas hati dengan persiapan jentera parti di peringkat kawasan dan negeri yang dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, mesyuarat jawatankuasa tersebut akan diadakan di Kuala Terengganu pada 21 Disember 2008 ini.

�Saya rasa berpuas hati dengan persiapan jentera parti di peringkat yang telah dibuat dan keputusan mesyuarat di peringkat negeri ini akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 21 Disember 2008 yang akan diadakan di Kuala Terengganu," katanya.

ImageKatanya, pada mesyuarat tersebut perbincangan lebih menjuruskan mengenai polisi parti termasuk bakal calon yang akan bertanding.

Menurutnya, prosedur biasa diguna-pakai dalam hal berkaitan dengan calon yang akan diketengahkan bermula di peringkat akar umbi lagi.

Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu, Dato� Mustafa Ali dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Dato� Wan Abdul Mutalib Embong.

PAS Padang Serai mohon sumbangan bina dewan serbaguna

PADANG SERAI, 13 Dis (Hrkh) - Kedudukan kawasan Padang Serai bersempadan dengan negeri Perak dan Pulau Pinang menyebabkan PAS Kawasan itu lebih ramai didokongi oleh mereka yang berhijrah berbanding penduduk asal di situ.

Kebanyakan mereka yang berhijrah itu adalah ata asas penempatan atau pekerjaan. Ada yang menetap di situ tetapi bekerja di Pulau Pinang atau utara Perak dan begitu juga sebaliknya yang bekerja di Padang Serai atau Kulim tetapi menetap di Pulau Pinang atau utara Perak.

"Hal itulah menyebabkan aktivis di sini, malah dari kalangan mereka yang dilantik sebagai jawatankuasa di peringkat kawasan mahupun dewan-dewan sering berlaku pertukaran.

"Sebab mereka bukan datang sebagai penduduk tetap. Tetapi oleh kerana mereka itu pendokong PAS, mereka datang sini pun mereka tetap beri komitmen," demikian menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Padang Serai (DPPKPS), Zulkarnain Bakar ketika berbicara mengenai pembinaan Dewan Dr Burhanuddin Al-Helmy yang bakal menjadi pusat pentadbiran baru PAS Kawasan Padang Serai.

Katanya, sungguhpun mengalami silih ganti mereka yang mendokong PAS di kawasan itu, tetapi setidak-tidaknya Padang Serai telah menjadi 'markas tarbiyah' untuk golongan berhijrah ini hingga ada di kalangan mereka menimba pengalaman dalam pengurusan organisasi PAS di peringkat kawasan termasuk dewan-dewan. Malah menurutnya, kebanyakan cawangan juga berkembang hasil dari golongan hijrah ini. - mns

"Sebab itu kami rasa bahawa kami perlukan sebuah tempat khusus dalam menggerakkan pentadbiran dan aktiviti parti di sini. Alhamdulillah kebetulan pula PAS Kawasan telah menerima tanah seluas 14,000 kaki persegi terletak di Kampung Batu Putih, Mukim Padang Cina, Kulim yang diwakafkan.

"DPPKPS pula diamanahkan untuk memajukan tanah itu, jadi kita telah putuskan untuk membina dewan serbaguna dengan kos dianggarkan RM450,000," ujarnya menjelaskan.

Maklumnya, urusan pindah milik tanah telah selesai tahun lalu termasuk kerja-kerja menambun tanah di situ. Oleh itu, kos yang disasarkan itu hanyalah meliputi bangunan sahaja.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan Jamuan Malam Perdana Bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa pada Isnin, 15 Disember depan di tapak dewan tersebut bertujuan mengumpulkan dana pembinaan.

"Selepas jamuan itu kita akan teruskan dengan ceramah perdana yang akan turut disertai Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad. Jadi sekali lagi saya pohon ahli-ahli PAS dan orang ramai mendapatkan kad untuk jamuan itu bernilai RM10 sahaja sebagai sumbangan untuk dana pembinaan," ujarnya merayu.

Tambah beliau, pihaknya juga menerima sebarang bentuk sumbangan yang ingin dihulurkan khususnya kewangan melalui Bank Islam (Cawangan Kulim) nombor akaun 0205 70 100 233 93 atas nama Dewan Dr Burhanuddin Al-Helmy. Sebarang pertanyaan boleh dibuat terus kepada beliau yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pembinaan di talian 013-4333911._

Kilang tutup: 200 hilang punca pendapatan

PONTIAN, 13 Dis (Hrkh) - Kira-kira 200 pekerja kilang nanas milik Syarikat Kumpulan FIMA, di Pekan Nanas, di sini, bakal hilang punca pendapatan apabila kilang tersebut menamatkan operasinya akhir bulan ini.

Kesemua pekerja kilang tersebut sudah menerima notis berhubung penamatan operasi kilang berkenaan sejak awal bulan ini.

Difahamkan kilang yang beroperasi sejak 1964 ini memberikan alasan peningkatan kos yang begitu tinggi sebagai punca kilang ini ditutup.

Sebagai bantahan terhadap tindakan pemilik kilang menamatkan operasi kilang ini, pekerja terbabit telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan kilang tersebut, baru-baru ini.

Jurucakap pekerja terbabit, Mohd Fauzi Salman, 48, ketika ditemui memberitahu, kilang milik Syarikat Kumpulan FIMA terbahagi kepada dua iaitu, kilang mengetin nanas (PCM) dan satu lagi kilang, Instanco, yang menjalankan operasi pembungkusan bahan-bahan seperti gula, creamer, garam, lada sulah, bagi keperluan hotel-hotel dan juga pihak-pihak lain.

"Setakat ini operasi kilang Instanco berjalan seperti biasa tetapi PCM akan ditutup akhir bulan ini, tindakan FIMA menutup PCM sudah tentu akan menjejaskan periuk nasi kami," katanya.

Katanya, kebanyakan pekerja kilang ini sudah bekerja lebih 30 tahun lamanya, ada yang bekerja sejak dari muda hingga bercucu, seratus peratus tenaga kerjanya adalah orang Melayu bahkan FIMA itu sendiri dimiliki orang Melayu.

"Sekiranya kilang ini ditutup, bukan saja kami akan hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga malah, kilang nanas nombor dua terbesar milik orang Melayu di negara ini yang boleh dibanggakan selama ini akan hanya tinggal sejarah sahaja," jelasnya.

Katanya, walaupun pihak kilang berjanji untuk memberi pampasan kepada pekerja namun pampasan yang bakal diterima ini tidak mungkin dapat menjamin masa depan pekerja. Image

"Pihak kilang berjanji akan memberi pampasan berdasarkan tempoh bekerja dan gaji terakhir yang diterima, sebagai contoh, saya sudah bekerja selama 30 tahun dan gaji terakhir saya lebihkurang RM1,000 sebulan, ini bermakna saya akan mendapat sekitar RM30,000.

"Bagaimana pula halnya pekerja yang berkhidmat dalam tempoh yang singkat dan menerima gaji kurang daripada RM1,000 sebulan, sudah tentu pampasan yang bakal mereka dapat juga sedikit.

"Dalam keadaan ekonomi hari ini adakah jumlah wang sebanyak ini mampu membiayai masa depan kami, ditambah pula dengan usia yang semakin meningkat apakah kami mampu mendapatkan kerja lain untuk meneruskan hidup," katanya.

Sehubungan itu beliau merayu kerajaan campur tangan bagi mengelakkan kilang ini ditutup.

"Kerajaan mesti melakukan sesuatu bagi mengelak kilang ini ditutup dan jika perlu kerajaan melalui agensi-agensi yang ada, mengambil-alih semula kilang ini, jika kilang ini ditutup bukan saja kami akan hilang punca pendapatan bahkan kesannya juga akan turut dirasai penanam nanas di kampung-kampung yang kebanyakannya juga terdiri dari orang Melayu," ujarnya lagi.

Dec 12, 2008

Anwar sasaran baru 'perang bogel'

Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin melebarkan "perang bogelnya" terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor," kata presidennya Ramlan Abu Bakar di satu sidang akhbar di ibu kota.

Awal minggu lalu, NGO itu mengancam akan “menyerang hendap” Abdul Khalid bagi menekan pemimpin itu menunaikan tuntutannya, antaranya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dakwaan penyalahgunaan kuasa menteri besar menganjurkan Karnival Rakyat di Shah Alam hujung bulan lepas.

reformis president ramlan abu bakar 121208 01Ramlan enggan mendedahkan bilakah "perang" itu akan dilancarkan. 

"Kalau dedahkan butirannya, bukan lagi (taktik) serang hendap, tetapi peperangan konvensional," katanya.

Ramlan malah turut mencabar kedua-dua pemimpin PKR itu tampil berdebat dengannya berhubung dakwaaan Reformis bahawa Selangor gagal membela nasib rakyat miskin.

"Saya bagi pihak Reformis mencabar Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid untuk berdebat dengan saya. 

"Saya hanya perlu satu jam, setengah jam saja untuk menghuraikan masalah rakyat miskin yang terpinggir di negeri maju seperti ini (Selangor), yang dinamakan negeri kebajikan," kata presiden Reformis.

Sepuluh penyokongnya turut sama dalam sidang akhbar di gelanggang sepak takraw di perkarangan sebuah rumah pangsa kos rendah di Sentul Utama.

Ramlan berkata, debat itu diharapkan dapat menghasilkan rumusan bagi menyelesaikan masalah rakyat miskin di negeri itu.

Beliau, yang juga anggota PKR, bagaimanapun tidak menetapkan tarikh kepada penasihat parti itu untuk berdebat.

"Terpulang pada beliau. Sebab beliau sibuk, (kami) berlaku adillah (memberikannya masa)," kata Ramlan penuh semangat menyebabkan kanak-kanak dan beberapa penduduk mulai mengerumuni sidang akhbar itu yang dihadiri lebih kurang 10 wartawan, termasuk televisyen.

reformis president ramlan abu bakar 121208 05Ditanya sama ada Anwar patut mengundurkan dirinya sebagai pemimpin PKR jika gagal membaiki masalah kelemahan Selangor seperti dakwaannya, Ramlan berkata:

"Soal letak jawatan bukan persoalannya. Kalau beliau ada maruah, beliau mesti ambil pertanggungjawaban ini."

Tindakan meletakkan jawatan bagi beliau merupakan "jalan yang akhir", tambahnya.

Kelihatan beremosi, beliau mengungkit perihal Anwar yang memperjuangkan nasib rakyat miskin Baling pada 1974 tetapi "gagal membela mereka apabila menjadi timbalan perdana menteri”.

Anwar dilabelkan oleh Ramlan sebagai "jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik".

Ramlan berkata beliau pernah memaklumkan kepada tokoh utama PKR itu "supaya memperbaiki kepimpinan Abdul Khalid" tetapi Anwar gagal melakukannya dan masih "berdiam diri".

Ramlan berkata, cabaran debat itu dibuat kerana "kegagalan Pakatan Rakyat di Selangor memenuhi manifesto pilihanraya" yang dibuat Mac lalu.

Katanya, daripada dua muka manifesto Barisan Alternatif - yang dianggotai PKR dan PAS - ketika itu, hanya empat atau lima sahaja berjaya dipenuhi.

reformis president ramlan abu bakar 121208 04Oleh itu, tambah Ramlan, selagi kesemua janji-janji manifesto itu tidak ditunaikan, beliau akan meneruskan "perang bogelnya".

"Selagi manifesto yang terdapat dalam pilihanraya ke-12 tidak ditunaikan, maka perang (bogel) ini akan berlanjutan sehingga tempoh yang ditetapkan – iaitu apabila manifesto itu semuanya tertunai. 

Tidak cukup dengan kata-kata itu, wakil-wakil rakyat PKR di Selangor turut disindirnya sebagai "Yang Berlagak" dan "Yang Bongkak" sebagai ganti Yang Berhormat kerana gagal menyelesaikan masalah rakyat bawahan di negeri itu.

Beliau bagaimanapun menafikan perjuangan Gerakan Reformasi sejak 1998 yang digerakkan oleh Anwar sebagai gagal, sebaliknya "kepimpinan parti yang gagal".

"Bukan salah parti, tetapi kepimpinan. Parti hanya nama sahaja, (hanya) slogan," tambah Ramlan.

Ditanya sebab beliau memilih menyalurkan desakannya melalui NGO itu dan bukannya melalui PKR yang mengetuai kerajaan Selangor, Ramlan berkata:

"Orang macam ini nak pujuk tak boleh, nak rayu tak boleh, nak bincang tak boleh. Cara macam ini, cara samseng. Macam ini, kita kena jadi bapa  samseng, baru beliau boleh terima. 

"Kalau cara proses-proses ini, undang-undang ini, macam (kes) PPR. Tujuh bulan ulang-alik tidak ada (kesan). Bila (ugut) hendak bogel, hendak pula beliau (menteri besar) selesaikan masalah ini."

Shah Rukh Khan lebih utama dari tokoh wanita Umno

DATO' Seri Mohd Ali Rustam masih dalam demam glamour, ekoran penganugerahan Darjah Dato' kepada artis Bollywood, Shah Rukh Khan baru-baru ini.


 

 
  

Dengan penuh kebanggaan, calon bagi jawatan Timbalan Presiden Umno ini mengesahkan akan menghantar sekumpulan pegawai ke Mumbai, India, Januari depan bagi meninjau kemudahan studio perfileman milik Shah Rukh Khan yang berjanji membantu penubuhan studio itu.

Mohd Ali memang dikenali kerana kreativitinya sebagai orang politik. Kerajinannya cukup luar biasa.

Jika dijemput, tiada majlis kahwin yang dia tidak sampai. Biarpun kedatangannya sesudah majlis perkahwinan selesai, namun Mohd Ali pasti akan muncul.

Begitu juga dengan sikapnya yang pemurah. Kalau ada kawan-kawan yang sakit, menderita atau meninggal dunia, biasanya jika mereka memberitahu Mohd Ali, pasti akan sampai segala bentuk bantuan dan pertolongan.

Bukan itu sahaja, sejak Mohd Ali menjadi Ketua Menteri Melaka, sikap pemurahnya juga menyebabkan ramai yang bukan orang Melaka, tidak ada jasa kepada Melaka, akan disokong untuk dianugerahkan gelaran Dato'. Malahan, ada yang menerima Dato' Wira, Dato' Seri dan JP.

Ini bukan rahsia dan semua orang mengetahuinya. Terutama orang politik dan tokoh perniagaan, jika disokong oleh orang politik, insyaAllah, orang yang disokong itu akan bergelar Dato' dalam masa yang singkat.

Begitu juga Shah Rukh Khan. Dia dianugerahkan gelaran Dato' kerana jasanya kepada Melaka. Malahan, kata Mohd Ali, kemungkinan Shah Rukh Khan akan menerbitkan filem terbaru, yang akan menyebut Melaka pada tajuk filem itu, walaupun belum ada pengesahan tetapi, begitulah janjinya.

Ini yang dikatakan kreativiti. Penganugerahan pula, bolehlah disebut inovasi. Bila kreativiti dicampur dengan inovasi, lebih kuat kedudukannya.

Malangnya, ketika Mohd Ali sibuk mencari seluruh orang politik dari seluruh Malaysia, khususnya dari kalangan ketua-ketua bahagian Umno, untuk disokong menerima anugerah Dato', dia terlupa, ada beberapa insan yang dia patut beri anugerah, walaupun orang itu sudah meninggal dunia.

Tahukah Mohd Ali, ketika dia sibuk menyenaraikan seorang demi seorang, ketua bahagian, timbalan dan naib ketua bahagian, selain dari ketua Pemuda, Wanita dan Puteri bahagian untuk dianugerahkan Dato' kenapa dia tidak menyemak siapa Ketua Kaum Ibu Umno Melaka (Ketua Pergerakan Wanita Umno Negeri Melaka) yang pertama, yang tidak pernah menerima apa-apa anugerah dari Kerajaan Negeri Melaka?

Apakah kerana Ketua Kaum Ibu Umno Negeri yang pertama itu, tidak dapat memberikan sebarang undi kepada Mohd Ali atau, memang menjadi dasar Kerajaan Negeri Melaka, orang yang sudah meninggal, tidak perlu dikenang dan tidak perlu diberikan sebarang penghargaan.

Tidak ada ruginya Mohd Ali mengarahkan pegawai-pegawainya menyemak sejarah Umno Melaka, siapakah Ketua Kaum Ibu pertama Negeri Melaka.

Namanya Asmah Alang dan orang ini pun sudah meninggal dunia dan tidak pernah menuntut apa-apa penghargaan daripada Umno Negeri Melaka, jauh sekali, kerajaan negeri.

Tahun ini, tahun yang cukup sibuk buat Mohd Ali. Tidak payahlah kerja menyemak nama Allahyarham Asmah ini dibuat kerana, masa yang ada sekitar empat bulan lagi adalah cukup baik jika digunakan untuk menyemak siapakah yang dapat memberikan undi mereka kepadanya, untuk dia menang jawatan Timbalan Presiden Umno.

Lawannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib pun bukan calang-calang orang.

Maka, persiapan Mohd Ali kenalah lebih hebat dari dua calon yang bejawatan di peringkat pusat, sedangkan Mohd Ali hanya seorang Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka, yang hanya mempunyai enam bahagian.

Berbanding dengan Muhyiddin, walaupun tidak menjadi pengerusi kepada mana-mana badan perhubungan negeri, tetapi pengalamannya yang cukup lama dalam kerajaan Pusat dan negeri, membuatkan orang Umno lebih mengenalinya dari Mohd Ali dan Muhammad.

Muhammad pula adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, negeri yang mempunyai 22 bahagian dan dari segi sejarahnya, walaupun Muhammad baru sahaja menjadi Menteri Pusat tetapi, dia pernah menjadi MB Selangor selama 11 tahun.

Jika dibandingkan antara Mohd Ali, Muhyiddin dan Muhammad, Mohd Ali yang paling baru dalam MT Umno. Sepenggal dia menjadi anggota MT, terus menang kerusi Naib Presiden berbanding Muhyiddin dan Muhammad pernah menang kerusi Naib Presiden dalam tahun 1993, serentak tetapi Muhyiddin di kerusi nombor satu manakala Muhammad di kerusi nombor tiga.

Ketiga-tiganya pernah menjadi Menteri Besar/Ketua Menteri, tetapi Mohd Ali seorang sahaja tidak pernah menjadi Menteri, berbanding Muhyiddin dan Muhammad. Tidak pula sesiapa menyimpan rekod, berapa ramai yang bergelar Dato' ketika Muhyiddin menjadi MB Johor, begitu juga dengan Muhmmad, berapa ramai yang dianugerahkan gelaran Dato' dari Selangor ketika dia menjadi MB, tetapi ramai yang mengatakan, ketika Mohd Ali menjadi Ketua Menteri Melaka, bukan sahaja orang Umno dan anggota komponen BN mendapat anugerah Dato', malahan, pelakon Bollywood pun kini sudah bergelar Dato'.

Jika Shah Rukh Khan boleh mengundi dalam pemilihan Umno Mac depan, nescaya hampalah Muhyiddin dan Muhammad untuk mendapat sokongan dan undi dari pelakon Bollywood ini.

Sebenarnya, soal penganugerahan darjah kebesaran, adalah hak kerajaan negeri dan tiada siapa boleh mempertikaikannya. Cuma, apakah selepas Shah Rukh Khan dapat anugerah dari Melaka, selepas ini ada negeri-negeri lain, bercadang untuk menganugerahkan gelaran Dato' kepada mana-mana ahli gusti WWE seperti Randy Orton, Batista atau Undertaker?

Mudah-mudahan, Shah Rukh Khan menepati janjinya, meletakkan nama Melaka pada tajuk filem terbarunya supaya Melaka sentiasa dalam ingatan para penonton filem Bollywood dari seluruh dunia.

Jika dia tidak menepati janjinya, Mohd Ali bolehlah mencari seorang lagi calon Bollywood yang boleh membantu mempromosi Melaka, walaupun dari segi sejarah penganugerahan, hanya mereka yang berjasa kepada negeri sahaja diberikan anugerah seperti ini.

Allahyarham Asmah Alang, Ketua Kaum Ibu Umno (wanita Umno) yang pertama di Negeri Melaka, adalah isteri kepada bekas TPM Tun Ghafar Baba.

Walaupun jasanya barangkali tidak sehebat jasa Shah Rukh Khan, dari kaca mata pegawai-pegawai yang membuat penilaian, untuk tujuan penganugerahan gelaran Dato' dari Negeri Melaka. -